Jumaat, 31 Julai 2015

Indahnya Mencapai Kejayaan


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya











“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.
Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan  hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai  kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :
 Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” 
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .
Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .
Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :
A. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”
Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.
B. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”
C. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”
D. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .
Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.
Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendaklah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.
E. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan  Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.
F. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifatsabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.
G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik
Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “
H. Menjaga kesihatan
Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada  badan yang sihat.Ibadat dalam  Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.
Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.


*Marilah Menuju Kejayaan

Peringatan Buat Diri Dan Semua Umat Islam





Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya




Solat adalah Tiang Agama
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Kepala segala soal ialah Islam (menyerah diri),tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya (Klimaksnya) ialah jihad fi sabilillah".


(Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi)


Solat ibadat yang pertama diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

" Difardukan sembahyang atas Nabi s.a.w pada malam beliau di Isra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan di sisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan sembahyang yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu."


(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At-Turmuzi)


Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."

(Hadis riwayat Thabrani)

*Jadikan Hidup Mati Ku kErana Allah

Jadikan Al Quran & Sunnah pegangan hidup


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya

Dari Katsir bin Abdullah dari ayahnya dari kakeknya RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR. Ibnu Abdil Barr]



















Sharing Is Caring..


Assalamualaikum wbt


Antara blog gosip yang famous dan menjadi kesukaan saya.. 




Beautiful nara antara blog gosip yang seronok dibaca..



Blog ni actually kesukaan husband.... tp agak menarik untuk dibaca..




Tapi nasehat sy bukan la semua gosip nye harus dipercayai..bace je xpe.. hanya hiburan dimasa lapang.. Tapi saya ni kategori silent reader sahaja... xsuka komen apa pun...


Yang baik jadikan ekutan.. yg buruk jadikan sempadan

Rabu, 29 Julai 2015

Antara Cara mendapatkn Video


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya



Actually idea ni bermula apabila lecturer meminta kami mendapatkan video didalam assignment.. 
Bagi kami yang bukan pakar IT yang tahu hanyala video dari Youtube, so jika nak dapatkan video mesti perlu convert kan terlebih dahulu.. 

So disini sy share kan beberapa link untuk convert kan video ye..





Ini antara link yg saya tahu... Cara nye mudah sahaja.. dapatkan apa2 video yang di ingini di youtube.. dan masukkn link video tersebut didalam laman web yang telah saya kongsikan... dan ekut kesesuaian.. nak convert jadi mp3 atau mp4 atau apa sahaja..


SELAMAT MENCUBA

Selasa, 28 Julai 2015

Video cardio

Assalammualaikum..





Disini saya nk share kan care senaman cardio bagi mengempiskan perut, punggung dan peha.. 

sebenarnya tidak semua mengetahui berkaitan senaman cardio... bedasarkan pengalaman anak pertama dahulu.. senaman ini sangat berhasil... 

Mari kite sama2 melakukan dan mengamalkannya... InyaAllah jika rajin melakukan nya.. dalam masa sebulan atau dua hasilnya sangat memberansangkan.. 

Isnin, 27 Julai 2015

Tips Kempiskan Perut selepas bersalin


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya



Ramai wanita yang selepas bersalin dan berpantang mengeluh kerana masalah berat badan yang melanda.

Bukan setakat berat badan saja yang naik, malah perut juga menjadi buncit,menggeleber dan berselulit selepas bersalin. Situasi ini pasti menekan dan keinginan untuk kurus dan kembali kepada bentuk asal selepas bersalin tentunya membuak-buak.

Pengalaman saya melahirkan kedua-dua anak badan naik mendadak dan perut sangat buncit.. walaupun selepas habis berpantang.. mari kita sama -sama amalkan petua serta tips yang diberi.. moga bermanfaat buat semua.
 

Sebenarnya,keadaan perut buncit,menggeleber dan berselulit selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.

Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda selepas bersalin. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut sekaligus menyebabkan perut anda nampak buncit.

Malah sebanyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas di mana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya.

Selain itu,punca terjadinya stretch marks ini adalah disebabkan peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung yang melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya.

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1
Ambil sebiji limau nipis yang diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada perut, dan biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Ramuan ini akan menimbulkan rasa gatal jika disapu,namun hasilnya amat memuaskan. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.

Petua 2
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit dan kisar. Tampalkan kesemua bahan tersebut pada perut dan bengkung perut ketika dalam tempoh berpantang.

Petua 3
Ambil sedikit beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian adunkan bersama sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam. Tapiskan dan minum. Amalkan petua ini seminggu 4 kali.

Petua 4
Kisar atau tumbuk halia bersama sebiji limau nipis besar,sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam. Kemudian,gaulkan,tapis dan minumlah airnya.

Petua 5
Campurkan asam jawa,jadam bersama air mendidih. Tampal pada perut dan bengkungkan sepanjang tempoh berpantang.

Petua 6
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Malah,wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 7

Petua 8
Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka yang telah dicampurkan air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati,sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung dengan ketat.

Petua 9
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak tidak akan diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Petua 10
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan bahan-bahan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak hasilnya.

Petua 11
Bancuh sedikit asam jawa bersama segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Pada keesokkan paginya,minumlah air tersebut sebelum membasuh muka.

Petua 12
Amalkan makan 1 biji tomato yang tidak begitu ranum dan saiz yang sederhana besar setiap hari.

Petua 13
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk,sapukan minyak kelapa itu pada perut anda dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Petua  14
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut anda sebelum memakai bengkung.

Petua  15
Ambilkan beberapa biji buah delima,kemudian kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,rebuskan bu)ah delima tersebut dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

Petua  16
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu perlu ditumbuk halus. Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Petua  17
Petua ini sangat mudah untuk dilakukan dan kesannya adalah menakjubkan kepada perut anda. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Anda juga diingatkan supaya jangan mengamalkan minum air berair sekiranya ingin kempiskan perut selepas bersalin.


(sumber  : http://www.wom.my/kesihatan/17-tips-kempiskan-perut-buncit/ )